RPH

Tarikh/Hari : 7/3/2011 (Isnin)                                                                                                  
 Masa: 60 minit
Kelas : 5 Dynamic                                                                                                                
Bil. Pelajar: 35 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk : Alam Bersih Hidup Sihat
Objektif: Pada  akhir pelajaran murid dapat;
              1) Membaca perkataan, frasa, ayat dan peribahasa dalam teks.
              2) Membina beberapa ayat huraian berdasarkan isi utama.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari tajuk ini iaitu mengenai pengumuman aktiviti kempen kebersihan.
Konsep : Dua orang rakan sedang berbual-bual. Topik perbualan mereka mengenai sambutan penduduk terhadap kempen kebersihan yang diadakan di kawasan tempat tinggal mereka.
Bahan : Borang pengurusan grafik, kad peribahasa
Nilai : Kebersihan fizikal dan mental
          Semangat bermasyarakat
          Kerajinan
Kemahiran : 6.2 Aras 1 (i) Mengenal pasti penggunaan kata, frasa ayat dan peribahasa dalam sesuatu genre
                    8.4 Aras 1 (ii) Menyatakan isi utama dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Pantun Sayangi Alam
Buat kaitan mengenai maksud pantun dengan topik yang akan dipelajari.

Membaca pantun bertemakan alam sekitar.
KP: Verbal-Linguistik – membaca pantun

Menerapkan nilai murni menghargai alam.
Strategi : Bacaan

Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Membaca dan memahami dialog
Memberikan penekanan tentang intonasi agar  bertatasusila.
Murid membaca teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Secara berkumpulan dan berpasangan. (rujuk lampiran 1)

Kaedah/teknik: Bacaan dalam kumpulan dan berpasangan
Langkah 2
(10 minit)
Makna peribahasa
Mengutarakan soalan: Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan?
Apakah makna peribahasa itu?

Murid menyenaraikan peribahasa dan memberikan maknanya.
Strategi: Penyoalan seluruh kelas dan perbincangan






Langkah 3
(15 minit)
Mengenal pasti isi utama

Mengemukakan soalan bagi membantu murid mengenal pasti isi utama teks. Menyatakan kepada murid mengenai isi penting berdasarkan jawapan mereka.

Murid menjawab soalan dikemukakan dan menyenaraikannya.
KB; Mengenal Pasti Idea Utama dan Idea Sokongan
Strategi: Soal jawab
Langkah 4
(15 minit)
Isi utama dan huraiannya

Berdasarkan isi utama guru mengemukakan soalan seperti mengapa, bagaimana, apakah dan bila.

Murid menulis isi utama dan huraiannya dalam bentuk perenggan.
(rujuk lampiran 2)
Pemikiran kreatif – Mentafsir
Kaedah/teknik:
Penjelasan/huraian
Membuat latihan
Penutup
(5 minit)

Pengajaran atau kebaikan yang diperoleh daripada teks.
Menggalakkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan diri mahupun persekitaran.

Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam topik yang telah dipelajari.
Merumus
Strategi:
Penyoalan seluruh kelas

No comments:

Post a Comment