Monday 30 April 2012



UPSR - Bahasa Melayu
Lembaran Kerja untuk Tatabahasa : Peribahasa
 Klik di sini ya!!


 Murid-murid boleh membuat latihan Bahasa Melayu Tahun 5
Unit 4 : Alam Sekitar
1. Tatabahasa
2. Pemahaman
3.Penulisan Bahagian A
4. Penulisan Bahagian C
Klik di sini ya!

Wednesday 11 April 2012

Kelas bersih dan ceria

                                Memperoleh tempat pertama kelas terbersih dan ceria. 9/4/2012
                                                      Sudut kreatif dan mata pelajaran.

                                                                   Papan informasi


























Monday 2 April 2012

Sajak Apresiasi Alam Sekitar

Atuk oh Atuk (Pencemaran Alam Sekitar)

Animasi Mat JAS Mengenai Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

PEDOMAN BAHASA

Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-Pertua,
Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan

Pengguna bahasa Melayu masih lagi keliru mengeja frasa Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-Pertuan. Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut, terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah.
Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa Biro Pengaduan Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi frasa tersebut. Tiga bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang Dipertua, Yang di-Pertua, dan Yang di-Pertuan, manakala ejaan Yang Dipertuan dianggap salah. Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu.
Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesuatu organisasi atau pertubuhan, contohnya:
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Cinta Malaysia
Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa yang digunakan ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya:
Yang di-Pertua Dewan Negara
Yang di-Pertua Dewan Negeri
Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka